Rabu, 27 April 2016

Subhanallah !! 5 Tahun Lumpuh, Ibu Ini Tak Menyangka Dapat Berjalan Lagi waktu di Madinah


Seorang jemaah haji, Fatimah Abd Latif, 60, tidak menyangka dia bisa berjalan kembali, sewaktu berada di Madinah sedangkan sebelum ini sudah lima tahun badan sebelah kirinya lumpuh .

Menceritakan kejadian ajaib itu, Fatimah berkata dia menyedari kakinya bisa bergerak semula selepas dia bangun dari tidur dan bersiap sedia menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

"Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.

"Kemudian, saya coba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah saja. Bagaimanapun, saya coba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi," katanya di KLIA ketika ditemui wartawan sebagaimana memetik laporan myMetro.

Tambah Fatimah lagi, ketika dia tiba di Madinah untuk ke Makkah dia masih lagi memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kakbah memohon supaya kaki kiri bisa bergerak dan sehat untuk menunaikan ibadah.

"Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga merasa terharu, serta bersyukur atas nikmat ini," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar